Sunday 11 January 2015

2015 Selamat Datang!

Cliche huh? Tak tau berapa kali nak start blogging. Kali terakhir tergendala dek keterujaan facebook + smartphone. Tapi sekarang dah mula muak dan jelik. Kadang² jijik. Begitu banyak pelapor. Lapor apa saja yang mereka mahu. Tiada pengawas etika mahupun editor. Teringat kata² seorang sifu,  Allah beri 2 telinga dan hanya 1 mulut supaya kita lebih banyak mendengar dari berkata². Nyata bahawa ramai yang bercita menjadi wartawan tapi tidak kesampaian. Termasuk aku. Sememang dari dulu meminati seni tulis. Baik sajak mahupun cerpen. Merekacipta dan mereka cerita memang kesukaan ketika berkhayal. Sampai sekarang pun. Tapi sebab x nampak cool dan ganas, lupakan saja. Sesekala ternampak ruang kesejukan seorang penulis.

Jadi aku berpindah ke medan yang lebih sunyi dan terhad. Blogging seumpama taman yang indah dipinggir kota yang sibuk. Hanya sesosok dua yang mahu ke sini. Menjadikan blogging lebih selesa untuk ku tempikkan getus hati. Paling penting,  fidak terasa diri dinilai orang. 

Jadi inilah permulaan baru 2015. Setelah seminggu berlalu dengan bah yang menggempar negara. Menghabiskan hari² awal tahun baru dengan mencuci rumah. Dalam sukuan musibah ini, terlihat hati² batil muncul di sana sini. Semoga Allah menjauhkan aku dan keluargaku dari melontarkan kata² atau terlintas sekalipun untuk mempersenda agama dan pendokong²nya.

Tuai padi antara masak,
Banyak tulis benak pun sesak.